Sunday 28 April 2013

Adam Ikhwan...!!

Seorang lagi insan HEBAT..!! BERUSIA 22 tahun dan berjaya mengecapi financial and time freedom di usia Muda.. jom kenali beliau..!!


sedikit perkongsian daripada saya mengenai seorang insan hebat yang saya baru kenali beberapa bulan lepas, Nama beliau Muhd. Adam Ikhwan. Beliau berusia 22 tahun.Berasal daripada Perak. Pendidikan beliau hanya sehingga tingkatan enam rendah di pertengahan pengajian beliau mengambil keputusan berhenti sekolah kerana telah bertemu dengan satu peluang yang telah mengubah kehidupan beliau sehingga 360 darjah.

Pencapaian beliau setakat ini ialah.

1. pada usia beliau 19 tahun beliau telah berjaya memiliki kereta idaman beliau sebuah BMW 3 SERIES, dan pada usia 20 tahun beliau telah berjaya memiliki sebuah kereta Mercedes c250 dan telah menghadiahkan kepada ayah beliau kereta model yang sama. Untuk pengetahuan juga ayahnya pula hanya merupakan seorang pemandu teksi.

2. Pada umur beliau 20tahun juga beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan beliau dengan perbelanjaan perkahwinan sebanyak RM 100K atau RM100 000 dan mas kahwin beliau bernilai RM30 000

3. Pada usia beliau 21 tahun beliau telah menghadiahkan ibu beliau sebuah kereta Toyota Vios TRD. dan ibu beliau pula hanya merupakan seorang pembantu am rendah di Majlis Bandaraya Ipoh.

4. Sekali lagi beliau menukar kereta idaman kepada BMW 3 series dengan kos ubah suai kereta bernilai mencecah RM40 ribu pada usia 21 tahun dan pendapatan tertinggi beliau sepanjang 21 tahun RM72K sebulan.

5. TERKINI!! 2013 Pada usia beliau mencecah 22 tahun telah berjaya memiliki rumah bernilai RM850 ribu di Pulau Pinang.

Apa yang saya kongsikan bukan minta dilihat pada material atau kebendaan yang dimiliki beiiau. tetapi bagaimana dan apa yang beliau lakukan untuk mendapatkan apa yang beliau kecapi sehingga kini. Tempoh masa yang beliau ambil untuk menunaikan impian beliau. Semoga perkongsian ini mampu membuka mata anda semua dan memberi semangat dan perangsang kepada kita untuk berjaya.

Tuesday 2 April 2013

Kisah Sekumpulan KATAK..!!

Kisah Seekor Katak Kecil..

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil berlumba lari.. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberi semangat kepada para peserta…Perlumbaan dimulakan…

Secara jujur tak satu pun penonton yakin bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

“Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak!!
Menaranya terlalu tinggi…!!”

Katak2 kecil mulai berjatuhan… Satu persatu…Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan…semakin tinggi…dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak..

“Terlalu sukar !!!
Tak seekor pun akan berjaya!”

Lebih banyak lagi katak kecil letih dan menyerah…Tapi ada seekor katak yang terus menaiki hingga semakin tinggi dan tinggi…Dia tidak menyerah!

Akhirnya, katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak menara…Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Salah seekor peserta bertanya apakah rahsia kejayaan katak tersebut?

Ternyata…

Katak yang menjadi pemenang itu seekor katak yang PEKAK!!!

********** TAMAT **********

Pengajaran dari cerita ini adalah:
Jangan mendengar kata-kata atau tanggapan negatif orang lain terhadap usaha yang kita lakukan…kerana menjadi fitrah manusia suka melihat kegagalan manusia lain daripada melihat kejayaannya.

Justeru itu, tetaplah selalu….POSITIF!

Dan yang paling penting, Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita, “Engkau takkan mampulah capai cita-cita engkau tu!” Selalulah berfikir dan berkata..SAYA BOLEH!