Thursday 21 November 2013

Seminar The Power Of Change. @ Hotel Istana KL

































Monday 8 July 2013

I'm A CHAMPION to my beloved...!!!

Sebuah Video yang sentiasa akan membangkitkan semangat HARIMAU yang sedang tidur..!!
Ingin mengenali siapa dalam Video Ini??
SMS::> "Kenali Azahar" dan hantar ke 0194473419
anda berpeluang minum petang dan mendapatkan tips untuk berjaya ekslusif daripada En Azahar Mokhtar

kita buat pun orang kata! kita tak buat pun orang kata! Kita BERJAYA pun orang sibuk mengata! Kita GAGAL lagi mereka bercerita! Kita kaya pung orang tak percaya! Kita miskin lagi habis kita dijaja! MAKA ikutlah kata hati kita... Kita PENENTU MASADEPAN kita.. maka CORAKKAN MASADEPAN kita demi yang TERCINTA..!!!

Credit To : En Azahar Baca...!!

Wednesday 3 July 2013

Anda tidak perlu TAKUT GAGAL tetapi anda patut BERANI untuk BERJAYA!

Salam Persahabatan pada mereka yang pertama kali melayari Blog saya.

Alhamdulillah..semakin hari semakin ramai Anak Didik saya dari merata tempat yang SERIUS INGIN BERUBAH!

7 tahun yang lalu...saya juga seperti ramai insan diluar sana yang masih mengharap kerja makan gaji sebagai sumber utama pendapatan untuk menyara keluarga tercinta. TIDAK ada salahnya bekerja makan gaji..janji rezeki tu HALAL! Saya bekerja makan gaji selama 15 tahun!!!! Perghhhhh.... i'm a very loyal staff!

Setahun bekerja sbg Operator Pengeluaran di kilang Epson,JB....bergaji RM600.00 dan rutin harian adalah menjaga mesin dan mengemop lantai!

Kerjaya ke-2 saya di Maybank sbg Pegawai dengan gaji permulaan sebanyak RM1,200.00 sebulan!
Pencapaian hebat di Maybank adalah bila saya dilantik sebagai PENGURUS MAYBANK ketika saya berusia 25 tahun!! Antara PENGURUS BANK TERMUDA di Maybank ketika itu!

15 tahun dalam Dunia Perbankan...saya memegang jawatan sebagai PENGURUS Maybank di Cawangan terbesar di JOHOR! HEBAT!

NAMUN kalau dah nama kerja makan gaji tu....hmmmmmm....memang nampak Gah...cuma saya dan isteri saya sahaja yang mengerti perjalanan sebenar hidup kami....

Setiap hari saya sebenarnya sering memikirkan tentang perjalanan hidup saya...persoalan yang sering bermain difikiran saya...sampai bila mesti begini?

TEKANAN KERJA yang amat memenatkan saya...stress yang melampau!
MASA bersama keluarga yang begitu TERHAD!
Keadaan KEWANGAN yang MEMBIMBANGKAN....gaji abis bayar HUTANG!
SIMPANAN untuk masadepan yang amat merisaukan..jika berlaku sesuatu yang tak diingini!
IBU BAPA yang semakin tua dan saya yang semakin sibuk ...sering lupa bertanya khabar..nak kasi DUIT BELANJA setiap bulan pun BERKIRA!
Apa yang PALING menyedihkan....KASIH SAYANG dari seorang Ayah pada anak2...itu yang saya 'hilang' selama 15 tahun...isk..isk..saya terlalu mementingkan KERJAYA...dengan alasan..itulah punca rezeki utk anak2 saya...saya silap!

Saya perlu BERUBAH...ADAT makan gaji..bila kita BERJAYA ..kita dipuji..bila kita tersilap..kita terimalah segalanya..sebab kita HANYA makan gaji..saya PENAT!!!

ALHAMDULILLAH..Allah pertemukan saya dengan seorang gadis berusia 21 tahun yang telah melorongkan saya satu PELUANG HEBAT untuk saya BERUBAH menjadi LEBIH HEBAT dari apa yang saya miliki sebagai seorang Pengurus Bank! Selepas 3 bulan saya dibimbing...saya BERUSAHA bersungguh-sungguh utk BERUBAH...saya mengambil keputusan yang SANGAT PENTING dalam hidup saya..saya TINGGALKAN jawatan sebagai PENGURUS BANK yang saya jawat selam 15 tahun tu...saya mulakan PERJUANGAN yang LEBIH HEBAT demi anak2 dan keluarga yang tercinta!

Syukur Alhamdulillah...KINI dah 7 tahun saya tinggalkan Dunia Perbankan dan menjalani hidup yang jauh LEBIH HEBAT!

Saya dapat semula MASA saya...masa bersama anak2 dan kedua ibubapa saya!
Saya dapat semula KEGEMBIRAAN membawa anak2 bercuti ke luar negara setiap kali cuti sekolah!
Saya dapat semula untuk menjenguk dan menyumbangkan apa yang sepatutnya dilakukan oleh seorang anak...ayah saya diserang angin ahmar dan kini terpaksa menjalani dialisis setiap 3 hari dengan perbelanjaan sebanyak RM2,000.00 sebulan yang memang saya tak mampu sumbangkan jika saya seorang PENGURUS BANK!
Saya mampu memiliki apa yang saya idamkan selama ini...yang terbaru, memiliki kereta idaman saya BMW X6 yang saya anggap suatu ketika dulu IMPIAN semata2!


NAMUN saya percaya..saya akan LEBIH BERJAYA jika saya juga mampu membantu mereka diluar sana juga LEBIH BERJAYA! Saya tak perlu sombong dengan apa yang saya MILIKI hari ini..TETAPI saya juga TIDAK SOMBONG untuk BERKONGSI ILMU KEJAYAAN yang saya kutip sebagai sejarah hidup saya sepanjang 7 tahun ini untuk saya KONGSI dengan mereka yang juga SERIUS INGIN BERUBAH!

Jika anda SERIUS INGIN BERUBAH...anda PERLU SANGGUP LALUI KEPAYAHAN untuk BERUBAH! TIDAK ada jalan MUDAH untuk BERUBAH dan BERJAYA!

Saya sudi BERKONGSI ILMU dan MEMBIMBING jika anda SERIUS ingin BERUBAH!

Be my Best Friend

SMS/WHATSAPP/CALL:>> 0194473419


dipetik: Blog BACA..!!

Wednesday 12 June 2013

JOM KENALI INSAN-INSAN BIASA YANG BERANI BERUBAH MENJADI LUAR BIASA....!!!

Salam penulisan..

Selepas ini, blog ini akan berkongsi cerita-cerita insan-insan biasa yang telah mengorak langkah mencuba sesuatu yang baru demi mencapai cita-cita dan impian mereka dan keluarga mereka untuk mengecapi kebebasan kewangan, kebebasan masa dan keinginan mereka untuk memenuhi segala kehendak mereka yang sebelum ini tidak pernah dikecapi kerana kekangan masa dan kewangan.

Untuk pengetahuan pembaca ada di antara mereka sebelum ini merupakan jurutera, polis, doktor, usahawan, kerani, pemandu lori, posmen dan pelbagai latar belakang. Jom ikuti kisah mereka. Teruskan membaca dan menelusuri blog ini untuk mengetahui kisah menarik mereka.

Sunday 28 April 2013

Adam Ikhwan...!!

Seorang lagi insan HEBAT..!! BERUSIA 22 tahun dan berjaya mengecapi financial and time freedom di usia Muda.. jom kenali beliau..!!


sedikit perkongsian daripada saya mengenai seorang insan hebat yang saya baru kenali beberapa bulan lepas, Nama beliau Muhd. Adam Ikhwan. Beliau berusia 22 tahun.Berasal daripada Perak. Pendidikan beliau hanya sehingga tingkatan enam rendah di pertengahan pengajian beliau mengambil keputusan berhenti sekolah kerana telah bertemu dengan satu peluang yang telah mengubah kehidupan beliau sehingga 360 darjah.

Pencapaian beliau setakat ini ialah.

1. pada usia beliau 19 tahun beliau telah berjaya memiliki kereta idaman beliau sebuah BMW 3 SERIES, dan pada usia 20 tahun beliau telah berjaya memiliki sebuah kereta Mercedes c250 dan telah menghadiahkan kepada ayah beliau kereta model yang sama. Untuk pengetahuan juga ayahnya pula hanya merupakan seorang pemandu teksi.

2. Pada umur beliau 20tahun juga beliau telah mendirikan rumah tangga dengan pasangan beliau dengan perbelanjaan perkahwinan sebanyak RM 100K atau RM100 000 dan mas kahwin beliau bernilai RM30 000

3. Pada usia beliau 21 tahun beliau telah menghadiahkan ibu beliau sebuah kereta Toyota Vios TRD. dan ibu beliau pula hanya merupakan seorang pembantu am rendah di Majlis Bandaraya Ipoh.

4. Sekali lagi beliau menukar kereta idaman kepada BMW 3 series dengan kos ubah suai kereta bernilai mencecah RM40 ribu pada usia 21 tahun dan pendapatan tertinggi beliau sepanjang 21 tahun RM72K sebulan.

5. TERKINI!! 2013 Pada usia beliau mencecah 22 tahun telah berjaya memiliki rumah bernilai RM850 ribu di Pulau Pinang.

Apa yang saya kongsikan bukan minta dilihat pada material atau kebendaan yang dimiliki beiiau. tetapi bagaimana dan apa yang beliau lakukan untuk mendapatkan apa yang beliau kecapi sehingga kini. Tempoh masa yang beliau ambil untuk menunaikan impian beliau. Semoga perkongsian ini mampu membuka mata anda semua dan memberi semangat dan perangsang kepada kita untuk berjaya.

Tuesday 2 April 2013

Kisah Sekumpulan KATAK..!!

Kisah Seekor Katak Kecil..

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil berlumba lari.. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberi semangat kepada para peserta…Perlumbaan dimulakan…

Secara jujur tak satu pun penonton yakin bahawa katak-katak kecil itu akan mencapai puncak menara.

Terdengar suara:

“Oh, jalannya terlalu sukar !!
Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak!!
Menaranya terlalu tinggi…!!”

Katak2 kecil mulai berjatuhan… Satu persatu…Kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan- lahan…semakin tinggi…dan semakin tinggi.. Penonton terus bersorak..

“Terlalu sukar !!!
Tak seekor pun akan berjaya!”

Lebih banyak lagi katak kecil letih dan menyerah…Tapi ada seekor katak yang terus menaiki hingga semakin tinggi dan tinggi…Dia tidak menyerah!

Akhirnya, katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak menara…Semua katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Salah seekor peserta bertanya apakah rahsia kejayaan katak tersebut?

Ternyata…

Katak yang menjadi pemenang itu seekor katak yang PEKAK!!!

********** TAMAT **********

Pengajaran dari cerita ini adalah:
Jangan mendengar kata-kata atau tanggapan negatif orang lain terhadap usaha yang kita lakukan…kerana menjadi fitrah manusia suka melihat kegagalan manusia lain daripada melihat kejayaannya.

Justeru itu, tetaplah selalu….POSITIF!

Dan yang paling penting, Buat PEKAK jika orang berkata kepada kita, “Engkau takkan mampulah capai cita-cita engkau tu!” Selalulah berfikir dan berkata..SAYA BOLEH!

Tuesday 26 March 2013

Gaji/Ganjaran Doktor Tidak Berbaloi??


Benarkah kenyataan ini bahawa ganjaran atau gaji pegawai perubatan tidak berbaloi di Malaysia?? Pandangan anda bagaimana?? doktor2 dan ahli perubatan sila komen jika anda setuju dengan kenyataan ini..