Tuesday 26 March 2013

Gaji/Ganjaran Doktor Tidak Berbaloi??


Benarkah kenyataan ini bahawa ganjaran atau gaji pegawai perubatan tidak berbaloi di Malaysia?? Pandangan anda bagaimana?? doktor2 dan ahli perubatan sila komen jika anda setuju dengan kenyataan ini.. 

Sunday 24 March 2013

Pembantu Perubatan Vs Bussinesman






Nama : Mohd Ridzuan Bin Mohd Ridzuan Ibrahim
Umur: 27 TAHUN
Status : Berkahwin
Pekerjaan : Penolong Pegawai Perubatan

Sudah serik melakukan perniagaan MLM selepas gagal dalan perniagaan MLM dgn MODAL RM41k.Bertemu dengan satu peluang yang sangat hebat sehingga berjaya mengubah kehidupan beliau sehingga 360 darjah hanya secara kebetulan.

Memilih perniagaan kerana mahukan kebebasan masa dan kewangan tanpa terikat dgn masa kerja dan punch card.

Berjaya mengumpul wang hantaran kahwin RM50k dalam masa 3bulan melalui perniagaan yg sangat2 hebat ini. Berkahwin dan meneruskan perniagaan bersama isteri tercinta yang juga sama2 resign dan full time dalam perniagaan ini. Alhamdulillah.... kebebasan masa dan kebebasan peribadi adalah 1 perkara yg diidam2kan yg sy xdapat smasa di alam pekerjaan.

Kejayaan tidak datang bergolek.. tapi kita perlu berusaha dengan gigih walau macam2 dugaan yang mendatang. kerana sy percaya, yang bertahan adalah mereka yg layak menggenggam panji kemenangan ;

Monday 18 March 2013

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU..!!


1.Melayu perlu belajar dari bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan.BUkan sekadar ada wang dan membuka bisnes,namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan .Contohnya jika mahu mmebuka retsoran,bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja mmebuat air,tukang masak,pelayan dan sebagainya.Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2.Modal efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan.Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000.RM100,000 untuk bisnes,bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan.Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu mmebuka bisnes bernilai RM100,000.

3.Berusaha bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu.Usaha berterusan sama ada dalam promosi,pemasaran,produk dan sebagainya.Tanpa usaha keras,kejayaan tidak akan datang.

4.Bersabar dalam tempoh lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerna bisnes perlukan masa panjang.Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...".Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya,bukan sekelip mata.

5.Mengenai jenis perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik.Jika buka restoran ,tahu apa jenis masakan,cara promosi,cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6.Rajin meninjau bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk,pekerja dan segalanya.Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7.Manfaatkan teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden,internet dan sebagainya.Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8.Sentiasa tambahkan aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah,rumah kedai,emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat.Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9.Belajar dengan bangsa lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain.Jika di Malaysia Cina berjaya dalam bisnes,Melayu perlu belajar dengan mereka.Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10.Ikhlas dalam perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes,bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11.Menolak mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerna menipu sedangkan ia mitos.Hakikatnya Cina berjaya kerna usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara.
Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu,buatlah!"

12.Mengamalkan peribadi mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin,amanah,tidak menipu dan sebagainya.Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya.Manusia yang menipu dan tidak amanah ,kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13.Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong,mungkir janji,tidak amanah,menjual harga terlampau tinggi,hasad dengki,menjatuhkan bisnes org lain dan sebagainya.Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14.Jangan terlalu bergantung dengan tender kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerna kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai.Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15.Mempunyai network.
Melayu perlu mempunyai network agar saling bantu membantu sesama bangsa.Amalan ini telah diterapkan bangsa Cina dan mereka berjaya...

16.Membayar hutang dengan baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul.Hutang wajib dibayar walaupun satu sen.Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman.Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri,namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil..tunggu di luar bandar.Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Monday 11 March 2013

Tahniah Sifu..!!!






Shapina Abd Rashid dan Mohd Ridzuan Ibrahim merupakan Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perubatan di Hospital Kerajaan, Mula menjebakkan diri dalam dunia perniagaan dengan SISTEM dan MENTOR yg betul dan TINDAKAN serta USAHA GIGIH . Akhirnya pasangan suami isteri ini telah berjaya bersara awal dripada sektor kerajaan kerana TINDAKAN BERANI mereka menceburkan diri dalam dunia perniagaan.

PM umum 9 perkara 'berita baik'!!!

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 'berita baik' sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) - yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya: -

Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29;

Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

 - 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

 - Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

 - Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

 - Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

- Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

 - Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum; - Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta "pay for performanca";

 - Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion;

 Oleh: NIZAM ZAIN Tarikh: March 11, 2013

Sunday 10 March 2013

GAJI BARU POLIS, TENTERA DIUMUM HARI INI..!!


Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan skim gaji baru dan kenaikan pangkat anggota dan pegawai polis serta tentera, hari ini.

Berita gembira yang dinanti-nantikan pasukan keselamatan negara itu bakal diumumkan pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke - 13 (MAPPA XIII) di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

BERITA PENUH